Semuga kejadian yang saya lalui ini akan menjadi contoh dan iktibar kepada orangramai yang agar berhati-hati dengan situasi sebegini. Nama Pemunya : AZIMAH BTE ABDUL HALIM No. Enjin: 2KD6215463, Casis: PN133JV250813955 Pendaftaran: 21/10/2008
Tuesday, October 5, 2010
Surat kpd Hakim
LAMPIRAN
Pendahuluan
1)Surat Affin Bank Bhd. bth. 06/04/10 tuntutan lain-lain caj sebanyak RM500.00
2)Surat Affin bank Bhd. bth. 06/08/10 tuntutan lain-lain caj sebanyak RM1,559.50
a) Olihkerana keliru dengan tuntutan bagi lain-lain caj tersebut maka saya telah menulis surat kepada Affin Bank Bhd. pada 20/09/10 bagi memohon penjelasan tersebut.
b) Pada 05/10/10, jam lebihkurang 3.00 petang saya telah menerima surat berdaftar dari Tetuan Shukor Baljit & Partners. (bil. LIT/ABB/13021/10/SK bth. 30/09/2010)
yang mengandungi:- (Semua surat dalam satu sampul)
i) Notis tuntutan bth. 9/2/10
ii) Saman & pernyataan Tuntutan bth. 3/3/10
iii) Draf Penghakiman 7/4/10
iv) Notis Kehadiran
v) Penghakiman
PERTIKAIAN
Kesemua dokumen-dokumen tersebut (i – v) tidak pernah saya terima dan tidak pernah diserahkan kepada saya sebelum dari tarikh 05/10/10.
Olihkerana saya tidak menerima saman tersebut, maka saya tidak mengetahui tentang arahan supaya menghadiri diri di Mahkamah Sesyen pada 07/04/2010 bagi menjawab tuntutan tersebut serta tidak dapat memasukkan notis kehadiran dan menjawab pertikaian tersebut.
JAWAPAN SAYA TERHADAP PERNYATAAN TUNTUTAN SAMAN NO. 52-6643-10
Saya telah membuat pembayaran pada 06/11/10 sebanyak RM2,020.00 dan pada 16/11/10 kenderaan ini telah mengalami kemalangan teruk. Surat mengenai kemalangan ini dan laporan Polis telah dihantar kepada Plantif. Malahan 2 orang pegawai plantif (Perempuan) telah datang kerumah saya dan saya telah menerangkan tentang keadaan tersebut.
Dalam Pernyataan Tuntutan Perkara 5 m/s. 5
Saya tidak menerima Notis Jadual Keempat tentang niat plantif untuk mengambil semula milikan dan samasekali tidak ada hasrat untuk tidak mematuhinya atau mungkir melalui surat yang dikatakan telah diserahkan secara pos berdaftar. (Saya memohon bukti penerimaan pos)
Dalam Pernyataan Tuntutan Perkara 6 m/s. 6
Plaintif tidak ada membuat percubaan menarik balik kenderaan tersebut kerana kenderaan tersebut telah mengalami kerosakan teruk akibat kemalangan yang berlaku pada 16/11/2009 dan plantif tahu bahawa kenderaan tersebut sedang dalam proses pembaikan & maklumat mengenai alamat bengkel tempat pembaikan tersebut juga telah dimaklomkan.
Dalam Pernyataan Tuntutan Perkara 7 m/s. 6
Surat bth. 9/2/2010 drp. Tetuan Shukor Baljit & Partner yang menuntut bayaran sebanyak RM3,072.47 tidak pernah saya diterima.
Dalam Pernyataan Tuntutan Perkara 8 & 9, m/s. 6
Saya tidak ada niat untuk tidak lagi terikat atau menolak perjanjian sewa beli tersebut kerana tiada dokumen saman yang saya terima.
Dalam Pernyataan Tuntutan Perkara 10 m/s. 6
Saya samasekali tidak berniat atau enggan mengembalikan atau menahan kenderaan tersebut yang menyebabkan plantif mengalami kehilangan dan kerugian tetapi plantif hanya sengaja mencari alasan sedangkan plantif mengetahui kenderaan ini telah mengalami kemalangan teruk dan sedang diperbaiki.
Sebaik sahaja kenderaan itu siap diperbaiki pada 25/03/10 saya telah membuat bayaran sebanyak 4,178.51. Ini bererti sebelum tarikh penghakiman ingkar pada 07/04/10 bayaran tertunggak sebagaimana yang dituntut telah pun dijelaskan dan penghakiman ingkar dengan kos tersebut tidak sepatutnya diteruskan.
Apatah lagi plantif telah meminta bayaran bagi caj tersebut RM500.00 for filing Summon dan kos mahkamah RM1,559.50 yang menjadikan jumlah keseluruhan RM2,059.50.
PENGHAKIMAN INGKAR Pada 07/04/2010.
Tanpa menerima saman dan pemberitahuan tentang tarikh sebutan maka saya telah tidak dapat hadir pada tarikh tersebut. Saman dan pernyataan tuntutan telah tidak diserahkan dengan sempurna. Maka saya tidak dapat menerima keputusan penghakiman ingkar yang telah dikenakan terhadap saya dan penjamin dan saya memohon supaya penghakiman ingkar ini dibatalkan dan saya juga memohon kepada mahkamah yang mulia ini supaya kos sebanyak RM1,367.00 adalah dibatalkan.
Labels:
Hakim
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment