Wednesday, October 6, 2010

Surat kpd Affin Bank

Azimah binti Abdul Halim
No. 39, Jalan Hj Hanafi, Desa Putra, 43000 Kajang, Selangor
-------------------------------------------------------------------------------------

Tarikh: 20/09/2010

Kepada
Pengurus Besar
AFFIN BANK, Cawangan Seri Kembangan,
No. 36, Jalan PSK 3, 43300 Seri Kembangan, Selangor


Tuan,

Akaun No. 40-081-006813-12, Pend. WRX 1854 (Hilux)
Other Charge Amounting to RM500.00 & Other Charge Amounting to RM1,559.50


Merujuk perkara tersebut diatas dan surat-surat tuan yang berkaitan.
Adalah dimaklomkan bahawa saya tidak pernah menerima apa-apa surat atau dokumen yang berkaitan dengan saman dan penghakiman tersebut sebagaimana yang dituntut.
Olihitu saya memohon supaya dibekalankan kesemua dokumen atau surat saman dan penghakiman yang telah dibuat terhadap caj pelbagai tuntutan tersebut.

Saya juga memohon bukti penerimaan dan bukti penghantaran dokumen tersebut oleh pihak tuan atau peguam tuan kepada saya, sebagaimana yang saya katakan seperti diatas saya tidak pernah menerima sebarang surat yang berkaitan.

Kemusykilan saya ialah
1) Pembayaran sebelum berlaku kemalangan telah saya buat pada 06/11/2009 sebanyak RM2,020.00
2) Pada 16/11/2009 kenderaan ini telah mengalami kemalangan dan ianya telah saya maklomkan kepada pehak tuan yang bertujuan menangguhkan sedikit tempoh bayaran bulanan.
3) Saya telah membuat pembayaran yang tertunggak sebaik kenderaan itu siap diperbaiki sebanyak RM4,178.51 pada 25/03/2010.
4) Ini bererti bayaran yang terlewat saya bayar ialah pada 1) Bln. Dec. 2009, 2) Bln. Jan. 2010 & 3) Bln. Feb. 2010, manakala bagi Bln. Mac (25/03/2010) saya telah membayar sebanyak RM4,178.51.
5) Setelah saya membayar 4,178.51 itu pada 25/03/2010, saya bertanya dikaunter dan dimaklomkan tiada apa-apa caj lain yang dikenakan. dan akaun telah kembali normal.
6) Tetapi hanya sehari selepas itu (26/03/2010) saya dituntut untuk intial disbursement for filing summon sebanyak RM500.00
7) Selepas itu saya terus membuat bayaran bulanan pada 25/06/2010 sebanyak 2,030.00 (Akaun tidak tertunggak lagi)
8) Malangnya pada surat tuan bth. 06/08/2010 saya dituntut pula untuk lain-lain caj (bayaran judgement) sebanyak RM1,559.50
9) Saya amat keliru kerana tanpa menerima sepucok notis pun dari pehak tuan atau peguam tuan dan tanpa pernah mendapat surat tuduhan dan surat notis untuk menghadiri perbicaraan di Mahkamah, saya telah di berikan judgement dan dikehendaki membayar caj tersebut.

Saya amat memohon agar penjelasan dapat diberikan, tentang bagaimana cara pertuduhan dan penghakiman dibuat tanpa perlu merujuk kepada kepada saya terlebih dahulu dan tanpa apa-apa notis yang diberikan tetapi terus menerima tuntutan (lain-lain caj) yang kedua-duanya berjumlahRM2,059.50.

Sekian, terima kasih.


Yang benar,



AZIMAH BINTI ABDUL HALIM

No comments:

Post a Comment