Tuesday, October 5, 2010

Lain-lain Caj

1) Saya telah menerima surat peringatan bth. 06/04/10 daripada Affin Bank Berhad yang meminta bayaran RM500.00 yang dimaklomkan sebagai lain-lain caj.
- Sehubungan dengan ini saya telah menulis surat kepada Affin bank Bhd. pada 30/06/10 memohon penjelasan berkaitan caj ini.
- Melalui jawapan daripada Affin Bank Bhd. surat bth. 23/08/10 caj itu adalah sebagai disbursement for filing summon.
Kemusykilan saya ialah bahawa saya telah menjelaskan ansuran bulan sebanyak RM4,178.51 pada 25/03/10. Ini bermakna akaun tertunggak saya telah pulih sebelum surat bth. 06/04/10 yang mengenakan caj lain-lain sebanyak RM500.00 itu.

2) Saya telah menerima surat peringatan bth. 06/08/10 yang meminta bayaran sebanyak RM1,559.50 yang juga dicatatkan sebagai lain-lain caj.
- Sehubungan denga itu juga saya menulis surat kepada Affin Bank pada 20/09/10 untuk memohon penjelasan tersebut.
- Hanya pada 05/10/10 lebihkurang jam 3.00 ptg. saya menerima satu bundle surat dari Shukor Baljit & Partners yang mengandungi Notis tuntutan, Saman & Pernyataan Tuntutan, Draf Penghakiman, Notis Kehadiran Mahkamah dan Penghakiman Ingkar.
- Setelah membaca kesemua dokumen tersebut barulah saya sedar bahawa satu proses mahkamah telah dibuat kepada saya secara konfirasi.
- Proses Mahkamah yang diambil langsung sama sekali tidak menghubungi saya dan tanpa pengetahuan saya. Tidak ada satu pucuk surat pun yang saya terima bagi memaklomkan perkara ini. Keputusan penghakiman ingkar telah dibuat pada 07/04/10 sedangkan sebelum tarikh tersebut lagi saya telah menjelaskan baki ansuran tertunggak itu.
- Saya percaya tindakan ini dibuat semata-mata kerana untuk dan ingin menyusahakan saya dan bagi menyebabkan pehak peguam boleh menuntut kos mahkamah dan saya akan terpaksa menjelaskan tuntutan lain-lain caj olih pihak bank.

Kemusykilan saya juga ialah caj pada notis tuntutan bth. 9/2/10 oleh Tetuan Shukor Baljit & Partners adalah sebanyak RM42.00 dan Kos pada Penghakiman Ingkar adalah RM1,367.00 tetapi melalui tuntutan olih Affin Bank Berhad ialah RM500.00 dan RM1,559.50.

No comments:

Post a Comment